Program Lawatan Usahawan ( Brownies Perlis)
22 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 March 2019 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS ke rumah seorang usahawan muda yang membuat perniagaan brownies. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan selok-belok berkaitan pengurusan pengusaha Brownies Perlis dari segi pemasaran dan servis, disamping menimba sedikit idea dari pengusaha. Bagi pihak MDPS kami berharap langkah mempromosi usahawan ini dapat membantu perniagaan usahawan terbabit berkembang ke suatu tahap yang membanggakan. Video dan post berkaitan usahawan ini telah di kongsi melalui page Menarik Di Perlis Selatan yang dikendalikan oleh team Pusat Internet Maxis Perlis.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pusat Internet dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pusat Internet dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pusat Internet sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: